Kerjaya antarabangsa Khuzaimi Piee

Pada September 2016, Khuzaimi menerima panggilan pasukan kebangsaan pertamanya untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Afghanistan walaupun beliau masih bermain di divisyen dua, Liga Perdana Malaysia.[7][8] Bagaimanapun, beliau hanya bermain dalam satu perlawanan, di mana beliau membuat penampilan sulung bagi Malaysia menentang Afghanistan pada 11 Oktober 2016, sebagai pemain gantian untuk Nazirul Naim pada minit ke-68.[9][10][11]

Beliau tidak bermain untuk pasukan kebangsaan lagi untuk enam tahun akan datang selepas penampilan sulungnya. Khuzaimi menyatakan bahawa kecederaan yang dialaminya menjejaskan prestasinya dan mungkin menjadi punca beliau lama tidak dipanggil.[12]

Pada Mac 2022, dia dipanggil sekali lagi dalam skuad 25 pemain menentang Filipina, Singapura dan Albirex Niigata Singapura.[13]

Rujukan

WikiPedia: Khuzaimi Piee http://www.goal.com/en-my/news/3960/asia/2016/10/1... http://www.nst.com.my/news/2016/10/179653/football... http://fam.org.my/news/persahabatan-malaysia-1-afg... http://fam.org.my/news/senarai-25-pemain-ke-latiha... https://www.malaysianfootballleague.com/articles/u... https://www.mutdmedia.com/p/blog-page_5527.html https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-t... https://www.youtube.com/watch?v=AbWe2muwSoU https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/12/5050... https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/01...